Blogger Backgrounds

Friday, January 27, 2012

kesedihan yang tak dapat dibendung :(

assalamualaikum :( *x jwb dosa taw!!aipp baek jwb!! ok!! *mood sunyi* eerm malam nie macam aku nak update sesutu kat sini tapi masih bermain dalam fikiran tak tau nak update apa, cuma malam nie macam sunyi :'( cuti je panjang tapi tak tau nak buat apa kat rumah nie, macam tak sabar nak balik UNISEL bila kt rumah, pas tu bila kat UNISEL tak sabar pulak nak balik rumah haihh entah lah..rindu dekat haousemate ira,ja and ana :) cuti ni aku tak sihat sangat sebab kerap demam malam n muntah muntah n sekarang badan aku naik lebam n rasa macam bisa tapi alhamdulillah dah letak ubat n demam pun da mula reda bila malam :) tapi masih rasa kurang sesuatu macam sunyi sangat malam ni.tak tau lah kenapa :( dengan cuti pun budak kelas aku pakat2 nak tambah lagi seminggu cuti sebab kebanyakan duduk jauh sabah sarwak dan sebagainya, tapi aku tetap nak balik dalam minggu nie sebab ada hal dengan lecturer nak jumpa pasal assignment..setakat nie study pon okay2 je tapi lepas nie akan ada banyak ujian dan task yang setinggi GUNUNG KINABALU :D *mungkin* tapi bila dekat UNISEL tak terasa sangat sunyi nyer sebab ada je kawan kawan yang senasib dengan kita, bak kata salah sorang kawan aku "da nama pon bercinta mesti ada kadang kadang salah faham jugak" aku ambil nie sebagai satu ujian yela dalam relationship kadang kadang kena ada tolak ansur rite?? kalau dua dua jadi api makin terok lah, jadi bia aku jadi air supaya dapat sejuk kan kau ye :) tanda AKU SAYANG KAU!! <3 dan kepada mama n maktok thnx jaga iqa demam2 nie sampai tengah malam pon still duduk tepi katil sampai pagi sebab malam tu demam iqa panas sangat n muntah muntah TERIMA KASIH MAMA!!SAYANG MAMA SANGAT2 <3 :') *terharu n speechless sedih :')

Tuesday, January 24, 2012

Monday, January 23, 2012

Bila seorang perempuan menangis :')

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

MR BOYOT



assalamualaikum agak dah berhabuk kot blog ni dah lama tak mencoret :) hari ni aku gembira sangat setelah hampir sebulan tak jumpa Mr MBH a.k.a BOYOT (boyot2 pon aku sayang.korang ad?xde diam!hehe) hari ni pegi jalan jalan kt subang tgk movie n agak terkejut boyot aku da makin chubby sejak dok uitm pahang sana *senang hati dengan minah sana ke??jgn berani2 ye!! hehe :P aku percayakan kau *lagi 6 hari genap 18 BULAN dengan kau.terima kasih sebab kau menceriakan hidup aku, dan terima kasih banyak banyak sebab kau sudi hadir dalam hidup aku heheh...SAYANG KAU SELAMANYA!! belajar rajin2 ok syg :)


Friday, December 23, 2011

terasa makin jauh :(

terkadang dalam kehidupan ni banyak permulaan dimulakan dengan perkenalan untuk meneruskan sesuatu perhubungan yang lebih dari seorang kawan kan?? begitu jugak dengan aku insan yang mengharapkan yang terbaik dalam perhubungan aku dan dia :( tapi kata orang tidak baik menaruh harapan yang sangat tinggi sebab takut akan kecewa di kemudian hari tetapi ada juga yang mengatakan tanpa harapan tidak terlaksanalah impian dan harapan kita dalam sesuatu perhubungan itu untuk menjadi lebih serius.hmmm tapi tak kesah lah apa pon pendapat masing2 tapi bagi aku, aku hanya mengharapkan yang terbaik dan semoga hubungan ni kekal walaupun banyak ujian aku dan dia hadapi.dan aku terkadang terasa makin jauh dari dia sekarang hmm aku tak tau lah sama ada ni hanya mainan perasaan aku semata mata.hmmm tapi entahlah aku pon tak tau apa yang sedang bermain dalam fikiran aku.aku rindu kau yang dulu, aku rindu kita yang dulu, aku rindu detik detik perkenalan kita yang dulu kalaulah boleh putar masa balik aku teringin sangat nak kembali zaman zaman tu semula zaman dimana aku mula mengenali cinta, aku mula jatuh cinta, zaman dimana aku mula pandai 'bercouple..tapi masa terus berjalan supaya kita lebih matang dalam perhubungan nie.aku just nak cakap kau hargai hubungan kita ni sampai bila bila, sebab sekali aku da sayang maka selamanya aku akan sayangkan kau.kita pon da nak hampir 17 bulan aku dan kau.aku harap kau pon rasa benda yang sama.belajar rajin rajin.aku akan selalu doakan kau dan hubungan kita ni.amin.I DO LOVE YOU TOO!!

Tuesday, December 20, 2011

pengalaman



entry kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku sepanjang aku bernafas *ayat poyo* kata orang pengalaman banyak mengajar kita dan aku setuju 100 peratus.memang betul pengalaman banyak mengajar aku untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ini tanpa pengalaman kita tak akan dapat mempelajari sesuatu yang baru dan tiada perubahan yang baik dalam diri kita..sejak aku kat unisel ni hampir 3 minggu aku banyak belajar dari apa yang aku lihat dan dari pengalaman aku melihat,mendengar dan sebagainya aku jadikan panduan untuk diri aku sebagai insan yang lemah dan hanya berharap padaNYA supaya semua selamat dan sempurna insyaallah :) dan aku juga belajar pngalaman baru aku iaitu apabila muka aku dimekap oleh teman serumah aku ana :)

Thursday, December 8, 2011

Dunia Baru UNISEL:)

agak lama jugak blog ni ditinggalkan* nasib tak berhabuk* hehe ok da seminggu aku masuk kat dunia baru unisel ni nak tau tak sebab apa aku panggil dunia baru sebab sini kan dulu lokasi lakonan cerita dunia baru dulu tu.hehehehe...kiranya konon aku ni berangan la ala ala cerita tu jugak (perasan) hahaha..ok balik pada tajuk tempat ni sunyi sangat jauh dari bandar sebab dikelilingi hutan kiri kanan atas bawah.kadang kadang line pon kejap ada kejap takda biasalah tu tapi bagi aku agak kekok jugak mula mula sebab mungkin faktor tempat (mcm geografi la pulak) ok btw aku baru habis MTS iaitu MINGGU TEKAD SISWA happening sangat n aku gembira sangat walaupun mulanya banjir jugak la masa parents aku nak balik da tapi lama kelmaan okay SANGAT!!