Blogger Backgrounds

Friday, December 23, 2011

terasa makin jauh :(

terkadang dalam kehidupan ni banyak permulaan dimulakan dengan perkenalan untuk meneruskan sesuatu perhubungan yang lebih dari seorang kawan kan?? begitu jugak dengan aku insan yang mengharapkan yang terbaik dalam perhubungan aku dan dia :( tapi kata orang tidak baik menaruh harapan yang sangat tinggi sebab takut akan kecewa di kemudian hari tetapi ada juga yang mengatakan tanpa harapan tidak terlaksanalah impian dan harapan kita dalam sesuatu perhubungan itu untuk menjadi lebih serius.hmmm tapi tak kesah lah apa pon pendapat masing2 tapi bagi aku, aku hanya mengharapkan yang terbaik dan semoga hubungan ni kekal walaupun banyak ujian aku dan dia hadapi.dan aku terkadang terasa makin jauh dari dia sekarang hmm aku tak tau lah sama ada ni hanya mainan perasaan aku semata mata.hmmm tapi entahlah aku pon tak tau apa yang sedang bermain dalam fikiran aku.aku rindu kau yang dulu, aku rindu kita yang dulu, aku rindu detik detik perkenalan kita yang dulu kalaulah boleh putar masa balik aku teringin sangat nak kembali zaman zaman tu semula zaman dimana aku mula mengenali cinta, aku mula jatuh cinta, zaman dimana aku mula pandai 'bercouple..tapi masa terus berjalan supaya kita lebih matang dalam perhubungan nie.aku just nak cakap kau hargai hubungan kita ni sampai bila bila, sebab sekali aku da sayang maka selamanya aku akan sayangkan kau.kita pon da nak hampir 17 bulan aku dan kau.aku harap kau pon rasa benda yang sama.belajar rajin rajin.aku akan selalu doakan kau dan hubungan kita ni.amin.I DO LOVE YOU TOO!!

Tuesday, December 20, 2011

pengalaman



entry kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku sepanjang aku bernafas *ayat poyo* kata orang pengalaman banyak mengajar kita dan aku setuju 100 peratus.memang betul pengalaman banyak mengajar aku untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ini tanpa pengalaman kita tak akan dapat mempelajari sesuatu yang baru dan tiada perubahan yang baik dalam diri kita..sejak aku kat unisel ni hampir 3 minggu aku banyak belajar dari apa yang aku lihat dan dari pengalaman aku melihat,mendengar dan sebagainya aku jadikan panduan untuk diri aku sebagai insan yang lemah dan hanya berharap padaNYA supaya semua selamat dan sempurna insyaallah :) dan aku juga belajar pngalaman baru aku iaitu apabila muka aku dimekap oleh teman serumah aku ana :)

Thursday, December 8, 2011

Dunia Baru UNISEL:)

agak lama jugak blog ni ditinggalkan* nasib tak berhabuk* hehe ok da seminggu aku masuk kat dunia baru unisel ni nak tau tak sebab apa aku panggil dunia baru sebab sini kan dulu lokasi lakonan cerita dunia baru dulu tu.hehehehe...kiranya konon aku ni berangan la ala ala cerita tu jugak (perasan) hahaha..ok balik pada tajuk tempat ni sunyi sangat jauh dari bandar sebab dikelilingi hutan kiri kanan atas bawah.kadang kadang line pon kejap ada kejap takda biasalah tu tapi bagi aku agak kekok jugak mula mula sebab mungkin faktor tempat (mcm geografi la pulak) ok btw aku baru habis MTS iaitu MINGGU TEKAD SISWA happening sangat n aku gembira sangat walaupun mulanya banjir jugak la masa parents aku nak balik da tapi lama kelmaan okay SANGAT!!